fbpx

Permohonan semakan sabitan, hukuman Peter Anthony didengar 20 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter ketika hadir di Mahkamah Rayuan pada rayuan akhirnya pada 4 Mac lalu.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 20 Ogos bagi mendengar permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 kerana pemalsuan dokumen.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas berpendapat mahkamah perlu meneliti alasan penghakiman penuh oleh panel terdahulu di Mahkamah Rayuan.

“Kami berbincang dan bersepakat melihat kepada hujahan dan afidivit yang difailkan ianya ada menyentuh kepada ‘broad grounds’ (alasan penghakiman) dan kami perlu melihat alasan yang penuh (penghakiman Mahkamah Rayuan terdahulu),” kata Hakim Azman.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Chong Fong dan Datuk Dr. Lim Hock Leng.

Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Peter memohon supaya suatu tarikh baharu ditetapkan berikutan Peter adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap.

“Pemohon (Peter) adalah seorang Ahli Undangan Negeri (Adun) dan dipercayai Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubarkan tidak lagi…saya difahamkan bulan September. Jika boleh kita dapat satu tarikh baharu sebelum itu sudah memadai,”katanya.

Semasa prosiding, pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan peguam untuk mendapatkan tarikh baharu itu.

Sebelum ini, Peter selaku perayu memfailkan notis usul bersama afidavit sokongan di Mahkamah Rayuan pada 14 Mac lalu dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Berdasarkan notis usul tersebut, Peter memohon supaya mahkamah mengkaji semula dan mengetepikan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac atas pertuduhan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Peter turut memohon supaya mahkamah membatalkan waran mempenjarakan bertarikh 4 Mac lepas yang dikeluarkan kepada Penjara Kajang terhadap beliau serta apa jua perintah-perintah berbangkit “Consequential Orders” diberi atau dibuat oleh mahkamah bagi tujuan keadilan kes ini.

Alasan lain dikemukakan ialah keputusan mahkamah sebelum ini bercanggah dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, selain
Peter mendakwa panel rayuan tidak memberi penilaian yang mencukupi terhadap keterangan atau bukti baharu untuk membenarkan rayuan pemohon untuk dibebaskan dan dilepaskan.

Peter kekal dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 di Mahkamah Rayuan di sini selepas keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas menolak rayuan akhir Peter, 54, bagi mengetepikan hukuman dan sabitan terhadapnya.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tiga tahun itu bermula serta-merta. Peter sebelum ini telah selesai membayar jumlah denda RM50,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI