fbpx

Mayat remaja jatuh Sungai Kuantan ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Mayat remaja lelaki berusia 15 tahun yang lemas di Sungai Kuantan berhampiran Jalan IM 15/7, di sini, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kurang 24 jam selepas dia dilaporkan hilang.

Mayat Mohamad Isyraf Danish Razmi ditemui terapung di tengah sungai dalam keadaan sempurna dengan berseluar sukan dan tidak berbaju.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai masa dan lokasi mangsa ditemukan.

Difahamkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam, mangsa dilaporkan keluar memancing di sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya.

Mangsa dikatakan cuba melepaskan kail pancingnya yang tersangkut di dalam sungai sebelum tenggelam dan hilang dibawa arus. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI