fbpx

‘Masya-Allah comel sungguh, moga baby disantuni rahmat-Nya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa memuji penampilan penuh sopan adiknya, Ameera Khan cantik berselendang di media sosial.

PETALING JAYA – Tampil dengan imej lebih sopan, pempengaruh senasi Ameera Khan bukan sahaja mengundang pujian ramai tetapi juga daripada kakaknya yang juga selebriti Neelofa.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelof Mohd Noor, 36, berkata, penampilan Ameera dilihat sangat cantik selain mendoakan agar adiknya sentiasa mendapat keberkatan Tuhan.

“Masya-Allah comel sungguh.

“Semoga Baby (nama timangan Ameera) sentiasa disantunimu dengan rahmat kasih sayang-Nya,” katanya ringkas dalam InstaStory yang turut mengulang siar hantaran Instagram Ameera.

Ameera sebelum itu memuat naik hantaran Instagram yang memaparkan dia anggun dan manis memakai busana serba hijau dan lengkap berselendang.

Perkongsian tersebut sekali gus dibanjiri dengan pujian ramai yang rata-rata berdoa agar dia kekal dengan imej sebegitu.

“Masya-Allah Ameera, manisnya. Sejuk hati melihat.

“Tak apa kalau belum nak bertudung tapi penampilan macam ini baru nampak original Pakistan.

“Teruskan pakai begini dan jangan dedahkan sangat kulit,” puji netizen.

Sebelum ini, Ameera kerap meraih kecaman apabila sering menggayakan busana mencolok mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI