fbpx

Lelaki selamba pegang King Cobra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu memegang seekor ular tedung gergasi dengan tangannya. - X

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dengan selamba memegang seekor ular tedung jenis King Cobra dengan tangan kosong, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @ParveenKaswan menunjukkan lelaki terbabit memegang reptilia gergasi itu secara santai. 

Dia bukan sahaja menggunakan kedua-dua tangannya, malah tidak membawa sebarang peralatan keselamatan. 

Masih belum jelas lokasi sebenar kejadian, namun klip video itu mencatatkan lebih 98,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Kalau saya, saya sudah lari macam Usain Bolt,” kata seorang netizen. 

“Saya mungkin sudah pengsan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI