fbpx

JKR pasang tiang amaran sementara di Sungai Korok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiang amaran sementara mula dipasang di lokasi kejadian yang meragut enam sekeluarga di Sungai Korok berdekatan Kampung Kemboja, Jitra, hari ini.

ALOR SETAR – Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang tiang amaran sementara di lokasi kemalangan yang meragut nyawa enam beranak di Sungai Korok berdekatan Kampung Kemboja, Jitra hari ini.

Pemasangan tiang amaran itu sebagai langkah awal untuk menambah baik aspek keselamatan jalan raya di lokasi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Datuk Mohammad Yusof Zakaria berkata, pemasangan dilakukan sepanjang 50 meter di lokasi khususnya di tebing sungai tersebut.

Katanya, langkah itu adalah antara cadangan awal dikemukakan oleh JKR sebelum pembinaan pagar penghadang dan pemasangan kemudahan keselamatan lain yang memerlukan kelulusan peruntukan.

“Semalam saya turun sendiri ke lokasi kejadian untuk meneliti cadangan penambahbaikan yang diperlukan bagi mengelakkan kejadian ini berulang.

“Pemerhatian mendapati terdapat keperluan untuk menambah baik infrastruktur dan aspek keselamatan di kawasan tersebut dengan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, langkah menambah baik infrastruktur di kawasan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa seperti dicadangkan oleh agensi berkenaan.

“Antara cadangan keselamatan lain yang dikemukakan termasuk pembinaan pagar penghadang, pemasangan lampu jalan, paku jalan pemantul cahaya, tiang penunjuk arah, papan tanda dan lampu amaran,” jelasnya.

Kelmarin, negara dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila enam sekeluarga maut selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam Sungai Korok di Jitra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI