fbpx

Jelajah Bridgestone buka tirai di selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam BAOO 2025 di Johor Bahru baru-baru ini.

PASIR GUDANG – Siri kejohanan Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025 meneruskan jelajahnya ke peringkat kedua dengan menampilkan 136 pemain golf amatur dari seluruh negara dan Asia Tenggara di Tanjong Puteri Golf & Resort di sini baru-baru ini.

Pengarah Urusan Prestige Golf Sdn. Bhd., Vasudevan Krishnan berkata, selain merebut kejuaraan mengikut kategori, peserta turut bersaing untuk melayakkan diri ke Grand Final yang dijadualkan berlangsung di Templer Park Country Club pada 31 Oktober depan.

Katanya, Tanjong Puteri adalah pembuka tirai sempurna bagi bahagian selatan negara.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami tidak sabar untuk meneruskan kemeriahan ini di The Els Club Desaru dan IOI Palm Villa dalam beberapa bulan akan datang.

“Kejohanan diserikan dengan lima hadiah menarik hole-in-one, cabutan bertuah, serta beg cenderamata eksklusif yang mengandungi barangan premium Bridgestone seperti t-shirt, bola golf, sarung tangan dan topi dengan nilai keseluruhan lebih RM500,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan itu dimenangi Yar Zar (Nett) dan Mohd. Afiff Hadief (Gross).

Bridgestone ASEAN Amateur Open 2025 akan meneruskan momentumnya dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Templer Park Country Club (Selangor) pada 11 Julai, diikuti oleh Kelab Golf Miri (Sarawak) pada 26 Julai dan Permaipura Golf & Country Club (Kedah) pada 3 Ogos.

Untuk maklumat lanjut layari www.bridgestoneaseanamateur.com

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI