fbpx

Hiasan makanan jadi racun, 233 murid tadika dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang disediakan oleh tadika kepada ibu bapa menunjukkan gulungan jagung kuning dan sayur tumis. - BBC

BEIJING – Lebih 200 kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat keracunan plumbum selepas tukang masak sekolah menggunakan cat yang tidak boleh dimakan sebagai hiasan makanan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Lapan individu ditahan selepas ujian mendapati bahawa sampel makanan dari sebuah tadika di Bandar Tianshui, wilayah Gansu, mengandungi plumbum pada paras 2,000 kali lebih tinggi daripada had keselamatan negara.

Sebanyak 233 murid Tadika Peixin dikesan mengalami paras plumbum tinggi dalam darah selepas menikmati kek kurma merah kukus dan roti jagung berinti sosej.

Siasatan pihak polis mendedahkan bahawa pengetua sekolah mengarahkan kakitangan dapur membeli cat secara dalam talian.

Pihak berkuasa mencari bekalan yang sebelum ini telah disorokkan, manakala bekas tersebut dilabel sebagai tidak sesuai untuk dimakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI