MELAKA – Anggota bomba melaksanakan operasi khidmat khas memusnahkan sarang lebah di kawasan tumpuan pelancong berhampiran bangunan Stadthuys Melaka, di sini malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan l Abd. Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.35 malam dan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bagi operasi tersebut.
“Terdapat sarang lebah di kawasan tumpuan pelancong di Bangunan Merah. Anggota menjumpai sarang itu di atas pokok pada ketinggian sembilan meter,” katanya kepada pemberitq hari ini.
Menurut Abd. Rahim, operasi memusnahkan sarang lebah itu dilakukan menggunakan kaedah obor api.
“Pihak kami mengambil masa enam minit untuk memusnahkan sarang lebah. Pemantauan dilakukan bagi memastikan kawasan itu selamat kepada pengunjung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE