fbpx

Ferrari sewa terbakar di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan belakang Ferrari itu mengeluarkan asap dan api. - Newsflare

BEIJING – Sebuah kereta Ferrari yang disewa oleh dua wanita terbakar secara tiba-tiba di sebuah lebuh raya di wilayah Jiangxi, China, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Model Ferrari 458 itu terbakar di bandar Nanchang pada 1 Julai lalu. 

Laman berita Sina melaporkan, seorang pengguna jalan raya cuba memaklumkan kepada pemandu Ferrari terbabit selepas melihat api pada belakang kereta. 

Pemandu lain turut membunyikan hon sebagai amaran tetapi tidak disedari oleh dua wanita tersebut.

Mereka bagaimanapun berhenti di lorong kiri dan bergegas keluar selepas menyedari kereta terbakar. 

Anggota bomba segera dipanggil untuk memadamkan api, namun belakang kereta itu rentung sepenuhnya.

Pemilik sebenar Ferrari berkenaan tampil menjelaskan bahawa kereta itu telah disewakan, manakala kebakaran dipercayai berpunca daripada operasi yang tidak terjaga. 

“Ferrari itu mengalami kerosakan yang teruk dan saya sedang berunding mengenai pampasan dengan penyewa,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI