PETALING JAYA – Pelakon Datin Seri Umie Aida menyifatkan aktor Fattah Amin sebagai lelaki yang pendiam dan suka memendam rasa berdepan setiap perkara yang dilaluinya dalam hidup.
Menurut Umie atau nama penuhnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 53, Fattah bukan individu yang mudah untuk berkongsi perkara dihadapinya sebaliknya memilih untuk menyimpan terutama berkaitan kehidupan peribadi seorang diri.
“Karakter Fattah menurut saya, dia seorang yang banyak pendam. Dia jenis suka pendam dan ‘easy going’ tetapi dia ada kelakar juga serta pendiam.
“Pendiam itu tengok keadaan namun dia suka memendam sikit.
“Dalam kehidupan realiti, dia memang seorang yang memendam,” katanga dalam sebuah video TikTok.
Dalam perkongsian sama, Umie turut berkata, Fattah juga bukan individu yang terbuka untuk berkongsi sebarang masalah dengan dengan lain termasuk perkara yang menyakiti dirinya.
“Dia bukan jenis yang kongsi perkara yang melukakan atau menyakiti dirinya.
“Kalau apa-apa jadi ke, dia suka simpan sendiri. Mungkin lelaki macam itu agaknya sebab karakter Remy Ishak pun begitu,” ujarnya.
Difahamkan, Umie dan Fattah kini menjalani penggambaran di New Zealand untuk sebuah telefilem yang turut dibarisi Amira Othman serta Bell Ngasri.
Terdahulu, Fattah dikecam hebat susulan tidak menghadiri hari persembahan sekolah anak perempuannya, Fatima Aisya baru-baru ini.
Dia juga meminta maaf selain menjelaskan ketidakhadirannya pada hari itu disebabkan faktor kekangan kerja. – KOSMO! ONLINE