fbpx

EPL: Man. City tanggung rugi Grealish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH dilapor tidak berada dalam perancangan Guardiola untuk musim baharu nanti menyebabkan dia perlu mencari destinasi baharu. - AFP

LONDON – Manchester City dilaporkan bersedia melepaskan bintang England, Jack Grealish dengan harga serendah £40 juta (RM230.43 juta), hanya tiga tahun selepas pemain itu dibeli dari Aston Villa pada tahun 2021 dengan nilai rekod Britain ketika itu, iaitu £100 juta (RM576.07 juta).

Kini, Grealish tidak lagi berada dalam perancangan pengurus Pep Guardiola menyebabkan City bersedia menanggung kerugian £60 juta (RM345.64 juta) terhadap pemain yang tiba dengan harga yang tinggi.

Pemain sayap berusia 29 tahun melalui musim cemerlang ketika membantu City meraih kejuaraan trebel dengan 50 penampilan serta terlibat dalam 16 jaringan dan bantuan gol, namun prestasi Grealish merosot dalam dua musim berikutnya.

Musim lalu, Grealish hanya membuat 20 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan satu gol dan satu bantuan jaringan ekoran beberapa siri kecederaan yang menyekat prestasi terbaiknya.

Berikutan tanda harga yang jauh lebih rendah ditetapkan oleh City, beberapa kelab ternama dilaporkan sedang memantau situasi tersebut termasuk Tottenham Hotspur, Newcastle United dan juara Serie A, Napoli.

Malah, kembali ke Aston Villa juga boleh menjadi pilihannya, namun halangan besar bagi sebarang perpindahan adalah gaji mingguannya yang mencecah £300,000 (RM1.8 juta).

Grealish masih mempunyai kontrak bersama City hingga 2027 dan dijangka tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan drastik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI