fbpx

Empat direkod keterangan kes bas, pengayuh basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang tular menunjukkan geng basikal masuk ke dalam jalan utama.

KUALA SELANGOR – Seramai empat individu direkodkan keterangan berhubung kes kumpulan pengayuh basikal didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya setakat ini menerima dua laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh pemandu bas dan pengayuh basikal. Buat masa ini, kita telah merakam keterangan empat individu,” katanya hari ini.

Ditanya mengenai sama ada tindakan saman dikeluarkan, kata beliau, siasatan lanjut masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana
menunggang basikal secara bersaing.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan pengayuh basikal yang terlibat dalam kejadian tular kira-kira pukul 9.35 pagi itu.

Siasatan awal mendapati mereka mengayuh basikal secara berkumpulan di lorong kiri jalan itu dan dipercayai menghalang pergerakan sebuah bas. Bagaimanapun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI