fbpx

Diaz terkilan dikecam peminat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ (kanan) mempunyai hubungan baik dengan Jota sepanjang tempoh mereka di Liverpool.

BOGOTA – Pemain sayap lincah Liverpool, Luis Diaz cukup kecewa apabila tidak dapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada rakan sepasukannya, Diogo Jota yang meninggal dunia pada minggu lalu.

Diaz dikritik hebat apabila menjadi salah seorang pemain The Reds yang tidak hadir ke majlis pengebumian Jota pada Sabtu lepas tanpa memberi sebarang alasan kukuh.

Namun, Diaz mempertahankan bahawa Jota cukup penting dalam kariernya sebagai seorang rakan sepasukan yang baik dan masih beremosi mengenang berita kemalangan meragut nyawa bintang Portugal itu.

“Saya masih terkesan apabila kita kehilangan pemain yang berjiwa besar seperti Jota. Sejak saya berhijrah ke Liverpool, saya anggap dia seperti keluarga kerana membuatkan saya mudah diterima di sini.

“Kami juga ada hubungan yang baik di dalam dan di luar padang selain persaingan sihat (untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya harapkan keluarga dan anak-anaknya sentiasa tabah dengan dugaan ini dan saya sentiasa doakan kesejahteraannya,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Selain Diaz, kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dan beberapa lagi pemain Liverpool seperti Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai turut tidak hadir pada pengebumian tersebut atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Sikap mementingkan diri Diaz telah membuat para peminat Liverpool berang sehingga dilaporkan dia bakal dijual ke Bayern Munich atau Barcelona pada jendela perpindahan kali ini.

Menariknya, laporan-laporan di Eropah turut mendakwa Diaz juga mencapai persetujuan dengan terma-terma dalam kontrak yang ditawarkan oleh kem Bayern. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI