PETALINGJAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memaklumkan bahawa notis tuntutan saman fitnah telah diserahkan secara rasmi kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Menurut beliau, penyerahan notis itu dibuat oleh pasukan guamannya pada jam 2.15 petang di kediaman Papagomo.
“Cukuplah budaya politik kebencian dan fitnah murahan. Kita mesti ajar erti tanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.
Asyraf turut mengingatkan bahawa fitnah bukan sahaja membawa akibat undang-undang di dunia, tetapi juga azab yang berat di akhirat.
“Kalaupun tidak kisah dengan hukuman dunia, moga ada sekelumit perasaan takut pada azab Allah yang amat pedih akibat fitnah. See you in court!” tegasnya.
Setakat ini, belum ada kenyataan balas daripada pihak Papagomo berhubung notis saman yang dimaksudkan.
Terdahulu, Papagomo didakwa menfitnah Pengerusi Mara itu dalam satu video live beliau dengan menyatakan menggunaoan duit dari Mara untuk menaja satu majlis di Parlimen Grik, Perak baru-baru ini.
Asyraf melalui satu video balas beliau menyatakan akan menyaman Papagomo sebanyak RM1 juta bagi menangkis dakwaan tersebut kelmarin. – KOSMO! ONLINE.