fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio esok.

Pertemuan itu diadakan susulan Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan AS yang berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58.

“Saya akan bertemu dengannya esok,” kata ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di ibu negara hari ini.

Rubio berlepas ke Malaysia pada Selasa untuk menghadiri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin ASEAN di tengah-tengah pengumuman terbaru mengenai tarif baharu oleh Presiden AS, Donald Trump.

Trump sebelum ini mengumumkan duti import sebanyak 25 peratus ke atas barangan Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos depan.

Kabinet dijangka membincangkan isu tarif import 25 peratus yang dikenakan oleh AS ke atas produk Malaysia hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, ASEAN menantikan ketibaan Timor-Leste sebagai negara anggota terbaru pada bulan Oktober depan.

“Kami gembira dengan kemajuan yang dicapai. Saya menyeru negara anggota terus menyokong laluan Timor-Leste ke arah integrasi sepenuhnya.

“Bukan sahaja ke dalam institusi kita, tetapi juga ke dalam visi bersama kita untuk masa depan rantau ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di ibu negara hari ini.

Timor-Leste diterima secara rasmi sebagai anggota penuh ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober 2025 pada Mei lalu setelah dipersetujui oleh semua negara anggota. – KOSMO! ONLINE

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI