JAKARTA – Beberapa wanita berpakaian seksi menari dengan disiram air pada satu majlis di halaman sebuah pusat beli-belah di Wajo, Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detikcom hari ini.
Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu dalam majlis ulang tahun sedekad komuniti sebuah kelab jenama kenderaan.
Dalam satu rakaman video beredar, beberapa wanita memakai baju seksi berwarna hitam dalam keadaan basah kerana disiram air.
Wanita-wanita itu menari di depan sebuah kenderaan dan dikelilingi beberapa lelaki.
Susulan kejadian itu, polis turut masuk campur dan akan memanggil pihak penganjur majlis tersebut.
“Kami akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan (berhubung kejadian tersebut),” kata Ketua Polis Warjo, Superintendan Muhammad Rosid Ridho. – AGENSI