fbpx

[VIDEO] ‘Hidup serba daif, tapi bersihnya rumah dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kehidupan sepasang warga emas di Tumpat, Kelantan bersama empat cucu OKU di sebuah kediaman serba daif dan masih menggunakan dapur kayu untuk memasak.

PETALING JAYA – Kehidupan sepasang suami isteri warga emas bersama empat cucu orang kurang upaya (OKU) yang serba daif meruntun hati orang ramai.

Lebih menyentuh hati, si suami masih gigih mencari rezeki halal bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga yang serba kekurangan walaupun terpaksa berjalan perlahan dan bertongkat.

Menerusi video berdurasi lebih seminit yang dikongsikan di profil @Mr.Cool – Asnaf Hunter itu, memaparkan lelaki warga emas berkenaan baru pulang daripada berniaga tudung saji di Bandar Tumpat, Kelantan.

“Lawatan ke rumah pak cik penjaja barang kraf tangan. Sisa kudrat yang ada gigih mencari rezeki. Di rumah, menunggu empat cucu OKU dan isteri.

“Cara hidup zaman dulu, sangat sederhana. Hampir tiada di zaman sekarang. Ramah isterinya melayan kehadiran Asnaf Hunter,” kongsinya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai, namun dalam masa sama mereka teruja dengan keadaan rumah warga emas itu yang sangat bersih dan kemas walaupun serba daif.

Selain itu, sikap mereka yang santun dan beradab tinggi meraikan tetamu turut dipuji.

“Kuatnya pak cik, walau pun kudrat terbatas. Moga murah rezeki pak cik sentiasa,” ujar @MaMaYonG.

“Rumah dia bersih ja, menandakan dia orang memang rajin. Betul lah mak cakap, kalau rajin semua nampak kemas,” komen @Norjannah Tahir.

“Terus hidang air untuk tetamu.Tingginya adab budaya Melayu kita,” puji @Zarinah Sulaiman. – KOSMO! ONLINE

@asnafhunterchannel Respect org lama. Dalam meniti kehidupan. Selagi daya tetap berusaha. @Abbe Hae @Mizan iSejahtera @Cempakamerahii ♬ Senandung Hidup.J.mizan. – Nurazwa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI