fbpx

[VIDEO] ‘Dah selesai hibah unta, barulah sempurna haji atuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan jemaah haji itu mengagihkan patung unta kepada cucu-cucunya di lapangan terbang.

PETALING JAYA – Gelagat seorang jemaah haji warga emas yang sebelum ini tular membawa pulang anak patung unta untuk cucu-cucunya, kembali mencuri perhatian apabila dia mengagihkan ‘hadiah kecil’ itu sejurus tiba di lapangan terbang.

Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok milik @Nd_kh4n, tergambar wajah gembira dan ceria cucu-cucu warga emas berkenaan saat menerima patung unta tersebut.

“Dekat lapangan terbang juga atuk buat majlis hibah patung unta,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan warga emas berkenaan yang dianggap cukup ‘sporting’.

“Dah selesai hibah unta, barulah sempurna haji atuknya… barulah atuk boleh tidur lena,” seloroh Aween.

“Ayah dan mak saya pun balik umrah hari itu, siap beli tiga ekor unta untuk cucu-cucu. Memang atuk nenek ini tahu benda yang cucu suka,” komen Asyikeen Jamaludin.

“Atuk bagi unta ikut saiz, yang cucu besar dapat besar, yang kecil dapat kecil,” kata Mat Pendang. – KOSMO! ONLINE

@nd_kh4n Replying to @Nana🤍 betul la.semua untuk cucu.kita yang anak ni kene duduk tepi dulu🤣🤣🤣 #tabunghaji #patungunta #haji2025 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #atokhajiunta ♬ original sound – Beegood Music

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI