fbpx

Terjun bangunan, pura-pura pengsan gagal elak ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang diperiksa pada Op Kutip dan Op Selera yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Berpura-pura pengsan dan terjun dari tingkat satu bangunan antara helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak dicekup dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) yang dijalankan malam tadi.

Itu antara aksi dramatik yang disaksikan wartawan Kosmo! ketika menyertai Op Kutip dan Op Selera bersama JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar lokasi tumpuan warga asing di Cheras, Pudu dan Chow Kit, di sini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi berkenan bermula pukul 10 malam hingga kira-kira 1 pagi itu, seramai 60 PATI termasuk 21 wanita ditahan.

Kantanya, ia selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 137 individu melibatkan warganegara Malaysia, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

“Antara kesalahan dikesan termasuk tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan tiada dokumen perjalanan sah mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

“Daripada keseluruhan tangkapan, Indonesia merekodkan jumlah tahanan tertinggi iaitu 37 orang, diikuti Myanmar 19 orang, Bangladesh tiga orang dan Pakistan seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua PATI yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, dalam operasi berkenaan pihaknya turut mengeluarkan satu saman saksi (Borang Imm.29) sepanjang operasi dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI