fbpx

‘Tak pernah buat onar, perkataan ‘scammer’ pun tak tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALU dan terkesan, Hamidah menyangkal sekeras-kerasnya satu dakwaan menuduhnya dirinya sebagai scammer (penipu).

PETALING JAYA – Pelakon veteran, Hamidah Wahab, 67, menafikan sekeras-kerasnya satu dakwaan yang tular dalam media sosial menuduhnya sebagai seorang ‘scammer’ atau penipu.

Kesal dengan fitnah yang menjatuhkan reputasi dan nama baiknnya sepanjang lebih lima dekad bergelar anak seni, Hamidah juga mengakui ada membuat laporan polis. Pelakon Tanah Kubur itu malah mengakui sepanjang hayatnya, dia tidak pernah membuat onar, apatah lagi menjadi scammer.

“Sepanjang 51 tahun saya bergelar pelakon, saya tidak pernah membuat onar. Apatah lagi nak jadi ‘scammer’. Perkataan ‘scammer’ tu pun saya tak tahu. Tiba-tiba saya dituduh sebagai ‘scammer’.

“Orang yang viralkan saya ini, ingatlah Allah itu ada. Allah maha adil. Pihak polis tidak akan berdiam diri. Mereka pasti ambil tindakan.

“Saya tidak akan berdiam diri kerana saya tidak bersalah. Saya akan pastikan orang yang viralkan saya itu sendiri yang bersihkan nama saya,” katanya dalam sebuah video.

Tambah pelakon yang sinonim watak ibu itu, fitnah yang dilemparkan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pelakon senior dan impak buruk terhadap perniagaannya.

“Saya tidak teragak-agak untuk saman fitnah dan saman malu terhadap individu yang telah memfitnah saya.

“Sudah hampir sejuta orang yang menonton video fitnah tersebut. Sesiapa yang mengutuk saya dalam media sosial, saya juga tak akan teragak-agak untuk mengheret mereka ke muka pengadilan,” tegasnya.

Terdahulu tular dalam media sosial sebuah video yang mendakwa Hamidah bersama adik perempuannya, Juriah Abd. Hamid serta anak suadaranya, Muhammad Afique Ab Mahat telah menipu orang dengan mengambil sejumlah wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI