fbpx

Sistem amaran kuno punca korban besar banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan di dalam kabin di Kem Mystic di Hunt, Texas, yang dilanda banjir pada 5 Julai lalu. - AFP

AUSTIN, TEXAS – Sistem amaran banjir yang dianggap terlalu mahal oleh pentadbiran tempatan di mana sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak maut di sebuah kem musim panas di Texas, berpotensi mengelakkan kematian besar, kata beberapa pakar kepada akhbar New York Post semalam.

Pentadbiran kawasan Kerr County  di mana sekurang-kurangnya 75 daripada lebih 100 mangsa terkorban akibat banjir kilat, merancang untuk memasang sistem amaran banjir pada 2017.

Namun, Kerr County yang mempunyai bajet tahunan cuma sekitar AS$67 juta (RM284 juta), kalah dalam bidaan mendapatkan geran persekutuan  AS$1 juta (RM4.2 juta) bagi membiayai projek itu.

Lembaga daerah kemudian mempertimbangkan untuk menyuntik wang sendiri tetapi kemudian membatalkan rancangan mereka, kata seorang pesuruhjaya ketika itu, Tom Moser.

“Mungkin mereka tidak mahu menaikkan cukai kelak,” kata Moser. 

Pentadbiran Kerr sebaliknya bergantung pada sistem mulut ke mulut untuk menyampaikan amaran ancaman banjir di hilir dari hulu kem.

Sistem amaran awal yang dicadangkan itu termasuk tolok sungai,  siren dan alat komunikasi moden lain di sepanjang kawasan berisiko banjir, ‘Flash Flood Alley’ di sepanjang Sungai Guadalupe.

Seramai 27 kanak-kanak perempuan berumur lapan dan sembilan tahun terkorban dalam banjir kilat itu dengan 10 lagi masih hilang. Tragedi berlaku ketika mereka menyertai perkhemahan musim panas di Kem Mystic. 

Kem itu terletak  berdekatan tebing Sungai Guadalupe di Kerr. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI