fbpx

Siapa kata PKR tidak stabil? Itu fitnah – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan ketika berucap di Majlis Perasmian 'Students' Social Entrepreneurship Initiative' dan Seminar Keusahawanan Sosial di Kolej Antarabangsa INTI, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

SUBANG JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan menempelak segelintir pihak yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tidak stabil.

Beliau menegaskan, dakwaan berkenaan adalah fitnah terhadap parti berkenaan.

“Siapa cakap tak stabil? PKR memang stabil dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dan akan kekal sebagai Presiden. Memang akan ada satu atau dua orang akan bising, kalau tidak itu bukan politik.

“Kita kena terima apa orang cakap, tapi ini kelebihan dan kehebatan PKR serta kerajaan pada masa ini sebab semua orang berhak bersuara,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian ‘Students’ Social Entrepreneurship Initiative’ dan Seminar Keusahawanan Sosial di Kolej Antarabangsa INTI, di sini hari ini.

Ramanan berkata, tiada salahnya untuk rakyat bersuara namun perlu dipastikan ia berlandaskan fakta sebenar.

“Saya nasihatkan jangan fitnah. Kalau dalam Islam cakap dosa fitnah tu lebih besar daripada membunuh, jadi jangan buat.

“Kalau (kita) cakap, kata tak ada kebebasan bersuara tapi kalau fitnah, di situlah kebebasan anda hilang. Boleh cakap, berucap atau meluahkan tapi pastikan berfakta dan berdisiplin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI