fbpx

Semalam buat aduan, hari ini masalah kipas selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Asyraf Wajdi di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan pantas pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyelesaikan isu keselamatan dibangkitkan salah seorang waris pelajar menerima pujian ramai selepas masalah kipas yang membahayakan penghuni di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu ditangani dalam tempoh kurang 24 jam.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menerima mesej dan gambar daripada pegawai bertugas memaklumkan isu tersebut telah diselesaikan.

“Malam tadi ada yang komen di status saya mengenai masalah kipas yang membahayakan anak-anak pelajar di MRSM Kubang Pasu.

“Pagi ini, saya dapat laporan bergambar daripada pengurusan Mara, bahawa masalah tersebut telah pun diselesaikan pagi ini juga,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Mara dan pengurusan maktab kerana sentiasa peka terhadap maklum balas orang ramai terutama menerusi ruangan komen media sosial.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Pengurusan Mara dan maktab atas tindakan pantas dan sentiasa ‘alert’ dengan komen-komen di ruangan media sosial saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI