fbpx

Sami cabul lepas renjis air sembahyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Seorang wanita warga India mendakwa dicabul sami ketika berada di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun kira-kira pukul 8.15 malam, Jumaat lalu.

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan sami sementara di rumah ibadat itu bagi menggantikan sami lain yang berada di luar negara.

“Siasatan awal mendapati, suspek memberikan mangsa air sembahyang dengan cara merenjis pada muka dan badan sebelum mencabul. Usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI