fbpx

Putri Qisya jadi anak angkat Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi menyantuni Putri Qisya ketika melawat di kediamannya di Kampung Bohor Karang, Jerlun sebentar tadi.

JERLUN – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menjadikan anak sulung pasangan yang lemas Sungai Korok, Putri Qisya Nur Izzat, 12, sebagai anak angkat sehingga kanak-kanak itu menjejakkan kaki ke peringkat universiti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Putri Qisya Nur Izzat agar terus tabah dan kuat menghadapi ujian hidup yang amat berat itu.

“Saya telah nasihatkan adik ini supaya menjadi anak yang solehah kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab. Saya minta dia sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik beradiknya yang telah pergi.

“Saya juga galakkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya. Insya-Allah, MRSM bersedia menerimanya tahun depan dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya,” kata Ahmad Zahid.

Tambahnya, segala bantuan lain yang diperlukan kanak-kanak itu juga akan disalurkan dari masa semasa kerana kerajaan mahu memastikan kebajikan anak yatim piatu sentiasa terbaik demi masa depannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI