fbpx

Pulau Pinang tangguh cadangan kenaikan tarif air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis menandatangani program Sukuk Wakalah PBAPP di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan kenaikan tarif air sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengemukakan cadangan semakan tarif air dan kini sedang menunggu kelulusan Jemaah Menteri sebelum ia boleh diwartakan untuk beberapa negeri termasuk Pulau Pinang.

“Kita tidak mahu melaksanakannya awal tahun depan. Kita berharap untuk menangguhkannya sehingga ke pertengahan tahun depan.

“Penangguhan pelaksanaan selama enam bulan akan menyebabkan PBAPP kehilangan kira-kira RM40 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion (Sukuk Wakalah) PBAPP di sini, hari ini.

Sebelum ini, kadar tarif air domestik di Pulau Pinang naik berganda bermula 1 Februari 2024. Pengguna yang menggunakan sehingga 20 meter padu air sebulan akan dikenakan 50 sen setiap meter padu, berbanding kadar terdahulu 22 sen.

Pengguna yang menggunakan 20 hingga 35 meter padu air sebulan akan dikenakan RM1.10 setiap meter padu, manakala penggunaan lebih 35 meter padu akan dikenakan RM2 setiap meter padu, berbanding kadar semasa masing-masing 46 dan 68 sen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI