MELAKA – Polis negeri ini sedang mengesan dua lelaki bagi membantu perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh membabitkan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kedua-dua individu berkenaan merupakan adik-beradik dikenali sebagai Sek Ren Jie, 25, dan Sek Ren Hou, 28.
“Mereka ini diperlukan bagi memberi keterangan berkaitan kes yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh membabitkan kesalahan dadah di bawah Seksyen 39B ADB 1952.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Kanan Polis, Inspektor Nor Atika Marzan di talian 018-9484205 atau tampil ke balai polis berhampiran,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE