fbpx

Pencuri mesin air masjid dipenjara tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPAT rakan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri mesin penapis air jenama Coway di dua buah masjid berasingan di Mantin dan Lenggeng dekat Nilai pada 30 Jun dan 1 Julai lalu. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN./KOSMO!

SEREMBAN – Empat rakan termasuk seorang pesalah muda dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri mesin penapis air jenama Coway di dua buah masjid berasingan di Mantin dan Lenggeng dekat Nilai pada 30 Jun dan 1 Julai lalu.

Majistret Saiful Sayoti dan Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Akiq Faiqal Idris, 29; Muhammad Danial Darishan Muhamad Ruduan, 19; Muhammad Syaiful Muhamad, 29, dan Muhammad Zulfikri Sulaiman, 29, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar mahkamah berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh secara bersama-sama telah mencuri sebuah mesin penapis air Coway di dalam Masjid As-Siddiqin Batang Benar, Mantin kira-kira pukul 8.11 malam, 30 Jun lalu.

Mahkamah memutuskan Mohd Akiq, Muhamad Syaiful dan Muhammad Zulfikri dipenjara selama tiga bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Manakala Muhammad Danial Darishan dibenarkan jaminan sebanyak RM1,500 sementara menunggu laporan sosial pada tarikh sebutan 5 Ogos depan kerana tertuduh merupakan pesalah muda.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Akiq Faiqal, Muhammad Danial Darishan dan Muhammad Zulfikri diperintahkan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah mesin penapis air Coway di Masjid Kariah Lenggeng, Nilai, kira- kira pukul 2.30 petang 1 Julai lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI