fbpx

Penceramah bebas direman tipu bina sekolah agama RM140,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas yang disyaki menipu dua wanita berjumlah RM140,000 bagi pembangunan sekolah agama direman tiga hari.

Perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, tembelang suspek yang menggunakan nama institusi agama bagi meraih kepercayaan mangsa sehingga mereka menyerahkan wang kepada suspek terbongkar selepas polis menerima laporan polis daripada mangsa berusia 30 hingga 40an di daerah ini dan Gombak.

Kedua-dua mangsa terdiri pemilik dan pengurus daripada dua buah syarikat berlainan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya menyatakan siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pemilik syarikat dan pengurus mengenali suspek sebagai penceramah bebas pada 2020.

“Mangsa pertama melakukan tiga transaksi kemasukan wang berjumlah RM60,000 pada Ogos dan September 2020.

“Manakala mangsa kedua pula membuat bayaran berjumlah RM80,000 pada 2019. Kedua-dua mangsa berasa ditipu dan mengalami kerugian berjumlah RM140,000,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI