fbpx

‘Moga saya terus kuat demi Putri Qisya, tepati janji jaga anak abang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Nur Adliah Syuhada bersama keluarga abangnya yang dikongsi di akaun Facebooknya, hari ini.

JITRA – “Moga Allah beri kekuatan untuk saya terus kuat demi anak abang yang seorang ini, Putri Qisya”

Demikian luah Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, adik kepada Mohamad Azim Izat, 32, yang ditemukan lemas bersama isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Mereka ditemukan lemas di dalam kereta Proton Iswara yang dipercayai terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Korok, di sini awal pagi Sabtu lalu.

Anak sulung pasangan suami isteri itu iaitu Putri Qisya Nur Izzat, 12, bagaimanapun terselamat kerana berada di rumah neneknya di Jerlun ketika kejadian

Nur Adliah menerusi hantarannya di Facebook meluahkan rasa sayu atas kehilangan abang, kakak ipar serta empat anak saudara yang sangat rapat dengannya.

“Masya-Allah, sayu hati saat ini, macam tak sangka semua ini berlaku, padahal malam itu kami makan nasi, sembang dan bergelak macam biasa.

“Kematian yang sangat-sangat dicemburui, seluruh Malaysia mendoakan abang sekeluarga. Hebat abang sekeluarga. Cadak (Nur Adliah Syuhada) janji Cadak dan Fahmy akan tepati janji untuk jaga anak abang, insya-Allah,” katanya hari ini.

Katanya lagi, abang dan kakak iparnya merupakan orang yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

“Kita pergi mana-mana semua sekali, abang dengan Kak Dayah lah sentiasa ada waktu susah senang Cadak dan suami. Apa-apa memang semua kita sama-sama. Insya-Allah kami kuat, kami rasa puas sangat dengan momen saat-saat akhir kita, akan kami simpan segalanya.

“Kalau di dunia ini pun ramai yang mendoakan, inikan pula di sana. Cadak dan Fahmy saksi atas segala kebaikan hampa,” ujarnya.

Dalam hantaran berasingan, Nur Adliah Syuhada menyatakan dia kehilangan satu-satunya abang dan kakak ipar paling baik dan berdoa agar Allah beri kekuatan kepadanya serta suami untuk meneruskan hidup tanpa mereka di sisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI