fbpx

Menteri Russia ditembak mati dalam kereta Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roman Starovoit ditemui maut dengan kesan tembakan di dalam kereta Tesla. - AFP

MOSCOW – Menteri Pengangkutan Russia, Roman Starovoit  ditemui mati dengan kesan tembakan, beberapa jam selepas beliau dipecat oeh Presiden Vladimir Putin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dekri presiden dikeluarkan pagi semalam tidak menyebut sebarang sebab berhubung pemecatan Starovoit  yang baru hampir setahun memegang jawatan tersebut.

Namun, penganalisis-penganalisis politik mencetuskan spekulasi bahawa pemecatannya berkait rapat dengan siasatan rasuah di wilayah yang pernah berada di bawah pentadbiran mendiang.

Sumber industri pengangkutan memaklumkan, kedudukan Starovoit telah lama menjadi tanda tanya susulan siasatan terhadap skandal rasuah membabitkan dana yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan  sempadan Russia-Ukraine di wilayah Kursk.

Menurut sumber penguatkuasa undang-undang, pistol Starovoit ditemui di dalam kereta Tesla miliknya bersama mayatnya, meskipun media Russia lain melaporkan bahawa  mayatnya dijumpai di kawasan semak berdekatan.

Setakat ini Jawatankuasa Penyiasatan Russia memaklumkan kematian lelaki berusia 53 tahun itu masih dalam siasatan.

Sebelum menyandang jawatan Menteri Pengangkutan pada Mei 2024, Starovoit telah menerajui wilayah Kursk sebagai gabenor selama hampir lima tahun. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI