fbpx

Putra Heights: Kerja bina, baiki rumah Kampung Kuala Sungai Baru siap Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah penduduk yang musnah dalam letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.

SHAH ALAM – Kesemua kerja-kerja pembinaan dan pembaikan rumah yang terkesan dalam insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya telah bermula dan berada di hadapan jadual asal.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan status, kerja-kerja itu berada pada tahap antara 22 hingga 24 peratus membabitkan rumah di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu.

Katanya, pihak Syarikat Perumahan Nasional Berhad menjangkakan proses kerja-kerja di Kampung Kuala Sungai Baru akan siap pada Oktober tahun ini.

Manakala Sime Darby Properties yang ditugaskan untuk membina semula Taman Putra Harmoni diberikan tempoh sehingga 24 bulan, iaitu pada Jun 2027.

“Setakat ini, berdasarkan ujian UPE menunjukkan sebanyak tiga unit yang akan dibina semula, manakala 46 unit akan dibaiki, dan baki 46 unit sedang dalam proses akhir ujian titik retak dan struktur. Ini bagi Taman Putra Harmoni.

“Bagi Kampung Kuala Sungai Baru pula melibatkan sebanyak 17 unit dan daripadanya 11 unit akan dibina semula dan enam unit akan dibaik pulih,” katanya pada sesi penerangan insiden Putra Heights di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Jelas Amirudin, semua penduduk terlibat telah diberikan tempoh sehingga 27 Oktober depan dalam menyampaikan dokumen tuntutan untuk usaha baik pulih rumah dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai pemudahcara proses tersebut.

“Sebanyak RM458,440.50 telah diterima daripada penduduk Taman Putra Harmoni manakala penduduk Kampung Kuala Sungai Baru pula telah memfailkan tuntutan sebanyak RM884,934,” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya kos siling baik pulih rumah ditingkatkan dari RM30,000 kepada RM60,000 dengan mengambil kira kos jubin bumbung dan penukaran kelengkapan seperti tangki air. -KOSMO!VONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI