fbpx

Legenda Arsenal punca Vardy kempunan ke Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDY

LONDON – Legenda Leicester City dan bekas penyerang England, Jamie Vardy dilaporkan hampir menyertai kelab Serie A, Genoa secara perpindahan percuma, namun perjanjian itu dibatalkan pada saat akhir oleh pengurus kelab, Patrick Vieira.

Menurut laporan akhbar Itali, La Repubblica, Pengarah Sukan Genoa, Flavio Ricciardella telah memulakan rundingan dan bersedia menandatangani pemain itu.

Malah, beberapa penaja kelab turut dikatakan sanggup menanggung gaji Vardy demi merealisasikan perpindahan tersebut.

Namun, Vieira yang kini menjadi jurulatih skuad Serie A itu bertindak menolak cadangan itu pada peringkat akhir, sekaligus menamatkan impian Vardy untuk merasai pengalaman baharu di Itali.

Pemain berusia 38 tahun itu yang kini ejen bebas selepas kontraknya bersama Leicester tamat penghujung musim lalu, masih mencari cabaran baharu sama ada di England mahupun luar negara.

Vardy menjaringkan 24 gol ketika membantu Leicester menjuarai Liga Perdana 2015/16 dan menjadi tonggak utama kejayaan Piala FA 2020/21 dan sepanjang 13 tahun bersama The Foxes, dia menjaringkan 200 gol dan mencatat 71 bantuan jaringan dalam 500 penampilan.

Laporan semasa menjangkakan Vardy semakin hampir untuk berhijrah ke Liga Scotland apabila khidmatnya diinginkan oleh Rangers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI