WASHINGTON – Band psych-rock ciptaan kecerdasan buatan (AI), The Velvet Sundown, langsung tidak wujud dua minggu lalu, namun hari ini mereka mencatatkan lebih 500,000 pendengar di Spotify, lapor laman berita Oddicity Central.
Bukan itu sahaja, The Velvet Sundown berjaya mengeluarkan album dan bakal mengumumkan album ketiga yang akan dikeluarkan di Sportify dalam masa terdekat.
Walaupun pencapaian pantas mereka mengundang pelbagai kontroversi, pengurusan projek itu akhirnya tampil mengesahkan The Velvet Sundown dijana sepenuhnya oleh aplikasi kecerdasan buatan (AI).
Kumpulan rock itu turut melancarkan akaun Instagram lengkap dengan potret wajah ahli-ahlinya yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Lebih menarik, setiap ahli kumpulan diberikan identiti tersendiri iaitu Gabe Farrow sebagai vokalis, Lennie West di posisi gitar, Milo Rains sebagai pemain synth, dan Orion ‘Rio’ Del Mar menggalas peranan pemain drum.
Antara lagu mereka yang paling popular iaitu Dust on the Wind yang berjaya meraih lebih 500,000 penstriman.
Turut tersenarai lagu mereka yang lain di Spotify seperti Vietnam War Music dan Good Mornings – Happily Positive Music to Start The Day. – AGENSI