fbpx

KLIP 7 bincang masa depan bidang PR dalam era AI 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima bertuah meraikan kejayaan mereka pada majlis Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA- Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIP 7) edisi ketujuh yang telah berlangsung baru-baru ini telah membincangkan tentang masa depan bidang perhubungan awam (PR) dalam era kecerdasan buatan (AI) yang sedang pesat berkembang.

Acara berprestij yang bertemakan “Kepintaran Buatan Berimpak, Komunikasi Media Sosial dan Pendidikan Dalam Talian untuk Komuniti ASEAN dan Global itu memberi penekanan terhadap peranan penting pertimbangan manusia, integriti dan prinsip etika dalam komunikasi moden yang kini turut digerakkan oleh teknologi AI. 

Berlangsung seiring dengan KLIP 7 adalah Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN 2025, yang dianjurkan dan dikendalikan oleh ASEAN Public Relations Network (APRN) yang berpangkalan di Jakarta. 

Majlis anugerah tersebut menyaksikan pengiktirafan kepada individu dan organisasi atas kempen kreatif serta sumbangan besar mereka dalam memajukan landskap PR serantau.

Pengasas dan Pengerusi APRN, Ibu Prita Kemal Gani berkata, Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN mewakili tahap tertinggi pencapaian komunikasi strategik di rantau ini. 

Menurut beliau, pelaksanaannya bersama KLIP 7 yang memberi tumpuan kepada masa depan PR dalam era AI merupakan satu sinergi luar biasa.

“Ia mencerminkan komitmen bersama untuk mengiktiraf amalan PR yang berimpak, beretika dan inovatif ke arah masa depan digital yang bertanggungjawab untuk ASEAN,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Antara penghormatan tertinggi yang diberikan adalah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, yang disampaikan kepada dua tokoh utama industri iaitu Prof. Datuk Seri  Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid dan Tony Wenas sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan luar biasa mereka dalam bidang perhubungan awam.

Selain itu, mengenai KLIP 7 yang dirasmikan  Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman berkata, dunia masa kini disaluti maklumat sepantas kilat, sempadan maya yang kabur, pendidikan dalam talian dan keselamatan siber.

Menurut beliau, itu semua bukan lagi pilihan  tetapi menjadi  satu keperluan asas.

Turut berucap pada majlis berkenaan adalah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang membentuk hala tuju perbincangan mengenai tadbir urus AI yang bertanggungjawab serta peranan Malaysia dalam memimpin masa depan komunikasi serantau. 

Beliau turut menekankan kepentingan kepimpinan etika dalam memacu profesion komunikasi masa hadapan.

Salah satu rujukan utama dalam wacana etika AI adalah Venice Pledge dan Prinsip Panduan AI Bertanggungjawab, yang baru-baru ini diterima pakai oleh Global Alliance for Public Relations and Communication Management. 

Prinsip ini menekankan tingkah laku beretika, ketelusan, dan tadbir urus berasaskan manusia yang kini menjadi penanda aras global untuk profesional komunikasi yang berdepan cabaran dunia AI yang semakin kompleks.

Tahun ini, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menjadikan KLIP 7 lebih signifikan, menonjolkan kepimpinan negara dalam memacu kerjasama serantau dalam keselamatan maklumat dan komunikasi digital yang beretika.

KLIP 7 berfungsi sebagai platform global utama untuk para pemimpin, profesional dan akademik dalam bidang PR dari ASEAN dan seluruh dunia, dengan barisan ucaptama, sesi panel dan forum perbincangan yang mendalam. 

Ia juga menawarkan peluang jaringan yang bernilai tinggi serta perkongsian amalan terbaik dalam dunia perhubungan awam. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI