BEIJING – Seorang lelaki di China tular kerana membina ‘kereta katil’ yang boleh bergerak merentasi semua jenis permukaan, lapor portal berita Must Share News hari ini.
Katil itu mampu meluncur menuruni tangga, meredah permukaan tidak rata, malah berjaya menyeberangi kawasan berair cetek tanpa setitis air pun membasahi lelaki tersebut.
Ciptaan Gu Yupeng yang berumur 42 tahun itu memikat hati hampir tiga juta pengikutnya.
“Semasa kecil, saya sering mengimpikan untuk ke sekolah tanpa perlu bangun daripada katil,” kata Yupeng.
Selain kereta katil yang ikonik, Yupeng juga mencipta meja kerja beroda. – AGENSI