fbpx

Hayat Tahrir bebas senarai pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin kumpulan HTS yang kini menjadi Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa berucap di hadapan orang ramai di sebuah masjid di Damsyik pada 8 Disember 2024. - AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa kumpulan pejuang dari Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dikeluarkan daripada senarai pertubuhan pengganas bermula semalam, lapor agensi berita United Press International.

Dalam dokumen dikeluarkan Jabatan Negara, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berkata, Washington  membatalkan rujukan Barisan al-Nusrah, juga dikenali sebagai Hayat Tahrir al-Sham, sebagai organisasi pengganas asing.

Pembatalan itu berkuat kuasa selepas penerbitan rasminya semalam.

HTS kini menerajui  Syria sebagai kerajaan peralihan selepas mengetuai operasi menumbangkan Presiden Bashar al-Assad pada Disember tahun lalu.

Kumpulan  itu asalnya adalah dari cabang Al-Qaida tetapi memutuskan hubungan dengan pertubuhan pengganas tersebut beberapa tahun lalu. 

Menurut Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan, HTS mempunyai kira-kira 40,000 ahli setakat awal tahun ini, dan  menggunakan taktik pemberontakan dalam memerangi rejim Bashar.

Jabatan Negara meletakkan HTS ke dalam senarai organisasi pengganas asing Barisan Nusrah yang sedia ada pada Jun 2018.

“Tindakan esok (semalam) dibuat susulan pengumuman pembubaran HTS dan komitmen kerajaan Syria untuk memerangi semua bentuk keganasan,” kata Rubio dalam satu kenyataan.

“Ia merupakan langkah penting dalam memenuhi visi Presiden (Donald) Trump tentang Syria yang stabil, bersatu dan aman,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI