fbpx

Gyokeres makin hampiri Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GYOKERES bersetuju dengan terma yang diberikan Arsenal sekali gus menjadikan perpindahannya ke Emirates semakin menjadi kenyataan. - AFP

LONDON – Arsenal semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres selepas kedua-dua pihak dilaporkan telah bersetuju dengan syarat peribadi.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano berkata, pemain Sporting CP itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun bersama The Gunners dan hanya menunggu masa untuk dimeterai secara rasmi oleh kedua-dua kelab.

“Kata putus dalam perbincangan semakin hampir. Gyokeres telah menyatakan hasratnya untuk hanya menyertai Arsenal dan tidak akan kembali menyertai latihan pramusim Sporting,” katanya.

Difahamkan, Gyokeres telah memaklumkan kepada pengurusan Sporting bahawa dia tidak lagi mahu beraksi untuk kelab Portugal itu dan enggan menghadiri sesi latihan, sekali gus mempercepatkan proses perpindahan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini dalam fasa memperkuatkan barisan serangan menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas sebelum ini memberi fokus kepada pembelian pemain tengah dan pertahanan seperti Martin Zubimendi dan Cristhian Mosquera.

Wartawan Ben Jacobs turut mendedahkan bahawa Sporting sebelum ini menuntut €80 juta (RM407.44 juta) untuk melepaskan Gyokeres, walaupun Arsenal dikatakan sedang cuba merundingkan harga sekitar €70 juta (RM338.5 juta).

Sebelum ini, Arsenal turut mempertimbangkan Benjamin Sesko dari RB Leipzig, namun harga yang diminta oleh kelab Bundesliga itu dikatakan terlalu tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI