fbpx

EPL: Liverpool sedia ikat Luis Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ berada dalam senarai pemain yang cuba diikat oleh Liverpool bagi menambah sengat jentera serangan pasukan itu. - AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan bersedia untuk menambah kualiti di jentera serangan apabila dikatakan sedang mengintai peluang mendapatkan khidmat, Luis Suarez.

Bagaimanapun, Luis Suarez tersebut bukanlah bekas legenda mereka sebelum ini sebaliknya merupakan penyerang berasal dari Colombia berusia 27 tahun yang kini beraksi bersama Almeria di divisyen kedua Sepanyol.

Walaupun kehilangan Diogo Jota yang maut dalam kemalangan jalan raya, Liverpool dijangkakan tetap akan melepaskan penyerang Uruguay, Darwin Nunez dan kekal memburu penyerang baharu.

Bagaimanapun, laporan media Portugal menyebut usaha The Reds itu dikatakan bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh Viktor Gyokeres memandangkan Sporting Lisbon turut menyatakan minat mendapatkan khidmat Suarez.

Walaupun nilai semasa Suarez dianggarkan €8 juta (RM39.7 juta), Almeria dikatakan kekal dengan tanda harga €25 juta (RM124.2 juta) sekali gus memberi sedikit kesukaran buat mana-mana pasukan yang berminat.

Sebelum ini, Liverpool sudah pun dikaitkan dengan berita perpindahan bintang sensasi Newcastle United, Alexander Isak malah turut dikatakan akan cuba mendapatkan khidmat penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike.

Ketika ini The Reds sudah pun mengharungi musim panas dengan baik apabila berjaya mendapatkan beberapa pemain baharu, Jeremie Frimpong, Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Milos Kerkez dari Bournemouth. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI