PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal melanda di empat negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Menerusi kenyataan daripada MetMalaysia, cuaca itu diramal di kawasan Perak iaitu daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama.
“Di Kedah, cuaca sama dijangka berlaku di Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda manakala Johor membabitkan Pontianak, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu juga dijangka tertumpu di seluruh Pulau Pinang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Orang ramai diingati untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar rumah semasa ribut petir melanda. – KOSMO! ONLINE