fbpx

Beberapa negara hubungi Malaysia mahukan SEANWFZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad pada Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – China serta beberapa negara lain telah menghubungi Malaysia serta menyatakan kemahuan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

“Negara China telah pun menyatakan kemahuannya untuk menandatangani tanpa reservasi dan ada dua, tiga buah negara yang telah pun menghubungi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Mereka juga mahu berbincang dan meneruskan perbincangan yang tertangguh sebelum ini, berkenaan dengan Perjanjian SEANWFZ,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam masa sama ASEAN menerima pakai keputusan untuk memasukkan Timor-Leste sebagai anggota SEANWFZ yang akan dirasmikan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

“Yang lain-lain itu kita akan perkemaskan dan perkasakan modus operandi kita kerana kita nak supaya negara anggota di dalam ASEAN ini benar-benar memahami.

“Kita mahu supaya negara ASEAN mengadakan juga hubungan dengan blok-blok yang lain. Kita nak lakukan agar kita dapat kesamaan dan berbincang bagaimana cara untuk kita pastikan supaya dunia ini bebas daripada ancaman senjata nuklear,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI