fbpx

8 kenderaan kemalangan di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan ngeri mencetuskan kekecohan di lalu lintas yang luar biasa. - UNPIXS

LONDON – Kemalangan ngeri membabitkan lapan kenderaan menyebabkan lalu lintas di sebuah lebuh raya utama di Britain tergendala, lapor portal berita MailOnline hari ini. 

Nahas melibatkan empat lori dan empat kereta itu mengakibatkan tong-tong bir bertaburan merentasi beberapa lorong lebuh raya berkenaan.

Kejadian di lebuh raya M60 di Manchester, England itu memaksa penutupan penuh laluan kedua-dua arah antara Persimpangan J25 Bredbury dan Bulatan J1 Pyramid di Stockport.

Tiga mangsa  dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, sementara enam lagi hanya cedera ringan dan dirawat di lokasi kejadian, demikian menurut Perkhidmatan Ambulans Barat Laut.

Menurut pihak Lebuh Raya Nasional, lokasi kemalangan di  M60 dijangka ditutup untuk tempoh agak panjang di kedua-dua arah susulan kerosakan serius pada infrastruktur.

Pasukan kecemasan ditugaskan untuk mengendalikan tumpahan minyak, membersihkan serpihan berselerak dan mengalihkan beberapa kenderaan berat yang remuk dalam kemalangan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI