fbpx

18 November dicadang sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edmund

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mencadangkan agar 18 November diiktiraf secara rasmi sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN.

Tarikh itu dipilih bersempena ulang tahun penerimaan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) yang telah diluluskan oleh pemimpin-pemimpin ASEAN pada 18 November 2012.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Pengerusi AICHR 2025, Edmund Bon Tai Soon, yang menegaskan bahawa sudah tiba masanya ASEAN mempunyai tarikh khas bagi memperingati komitmen rantau ini terhadap perlindungan dan pemajuan hak asasi manusia.

“Sejak 13 tahun lalu, kita sudah mempunyai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang diluluskan pada 18 November 2012.

“Jadi kami mencadangkan walaupun belum dimuktamadkan oleh para pemimpin agar tarikh tersebut, 18 November diangkat sebagai Hari Hak Asasi Manusia ASEAN setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Suamuka Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Wakil-Wakil AICHR di sini, hari ini.

Beliau yang juga Wakil Malaysia ke AICHR menambah, sambutan tahunan ini boleh menjadi platform memperkasa kesedaran orang ramai tentang hak mereka serta memperkukuh komitmen kerajaan-kerajaan ASEAN terhadap prinsip hak asasi sejagat.

Menurut beliau, cadangan itu masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan, namun telah mendapat respons awal yang positif daripada beberapa negara anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI