fbpx

Terus dihantui badi final China Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SU YIN dan Pang Ron masih gagal menemui prestasi terbaik apabila lima kali tersingkir di pusingan awal dalam lima kejohanan.

KEKALAHAN pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton China Masters, November tahun lalu masih menghantui pemain beregu campuran negara, Cheng Su Yin dalam usaha memburu gelaran sulung bersama Hoo Pang Ron.

Selepas kempunan meraih gelaran pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu, prestasi beregu No.13 dunia itu kelihatan agak goyah apabila kerap tersingkir di pusingan awal sepanjang saingan musim ini.

Su Yin berkata, kegagalan untuk meraih gelaran pada China Masters tahun lalu memberikan sedikit kesan kepada mereka selain mengakui sukar untuk menterjemahkan apa yang dipelajari dalam perlawanan sebenar.

“Mesti ada (ganggu keyakinan) sikit kerana kami seperti tidak boleh menampilkan aksi yang dimahukan ketika dalam kejohanan. Bagi saya, memang ada sedikit kesanlah untuk saya (bermain).

“Saya rasa macam semua (aspek) pun kurang. Memang saya harap kami boleh memenangi gelaran kerana kami sentiasa bekerja keras dalam sesi latihan bagi mencapai sasaran tersebut,” katanya.

Sepanjang saingan Jelajah Dunia musim ini, gandingan Pang Ron-Su Yin sudah tersingkir sebanyak lima kali di pusingan pertama dalam lapan kejohanan disertai selain mara dua kali ke pusingan suku akhir.

Sementara itu, menjelang kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung minggu depan, Su Yin mengakui sedikit risau memandangkan sudah lama berehat sejak kali terakhir beraksi pada Terbuka Thailand Mei lalu.

“Persiapan saya dan Pang Ron berjalan dengan baik tetapi untuk dapat keputusan terbaik, kena tengok di sana nanti. Bukan cakap takut tetapi agak risau dengan prestasi kerana sudah lama tidak ada kejohanan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI