fbpx

RM5 juta kos bina semula mercu tanda, ‘Allah Peliharalah Terengganu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail mercu tanda, 'Allah Selamatkan Terengganu' sebelum dirobohkan pada 13 Mei lalu di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Papan tanda ‘Allah Peliharalah Terengganu’ yang menjadi mercu tanda bandar raya ini sejak 34 tahun lalu akan dibina semula dengan kos RM5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat berkata, mercu tanda tersebut terpaksa dirobohkan ekoran strukturnya didapati uzur dan kurang selamat pada 13 Mei lalu.

“Struktur mercu tanda ‘Allah Peliharalah Terengganu’ didapati melebihi jangka hayat reka bentuk dan terhakis akibat kesan pengaratan ketara disumbang oleh aliran udara air laut lepas.

“Ia terpaksa dirobohkan dan kerja-kerja selenggara dan menaiktaraf pencahayaan juga terpaksa dihentikan ekoran struktur platformnya didapati tidak lagi selamat,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini hari ini.

Terdahulu beliau menjawab soalan lisan Hilmi Harun (Pas – Manir) yang ingin mengetahui status dan kos baik pulih mercu tanda terbabit yang terletak di Bukit Besar di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI