fbpx

Petani hilang rupanya ditelan ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berasa curiga melihatkan keadaan perut ular yang amat besar dan tidak bergerak. - Liputan 6

JAKARTA – Seorang petani di Buton Selatan, wilayah Sulawesi Tenggara ditemukan mati di dalam perut ular sawa, dipercayai ditelan reptilia itu ketika dia memberi makan kepada haiwan ternakan, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai La Noti, 61, dilaporkan pergi ke kebun sebelum dia tidak pulang ke rumah.

“Mangsa pergi ke kebun untuk memberi makan kepada haiwan ternakannya tetapi tidak pulang-pulang ke rumah,” kata Ketua Polis Batauga, Asisten Komisioner Masud Gunawan.

Kata Masud, ia membuatkan ahli keluarga dan penduduk setempat melakukan pencarian sehingga keesokan harinya.

Tambahnya, sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan), orang ramai melihat seekor ular sawa bersaiz 5 meter panjang sedang melingkar di kawasan semak-samun, tidak jauh dari kebun mangsa.

“Penduduk berasa curiga melihatkan keadaan perut ular yang amat besar dan tidak bergerak,” katanya.

Masud menambah, penduduk kemudian menangkap reptilia tersebut sebelum membelah perutnya.

Mereka terkejut apabila menemukan mayat La Noti di dalam perut ular tersebut.

“Jasad mangsa dibawa ke rumah keluarganya sebelum dia dibawa ke rumah pengebumian,” kata Masud. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI