fbpx

Pelaburan masuk berasaskan teknologi meningkat, lebih ramai pelajar STEM diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (kiri) bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh melakukan gimik Peluncuran Program STI 1003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Negara memerlukan lebih ramai kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melebihi sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 60 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia susulan peningkatan penerimaan pelaburan dalam negara yang berlandaskan teknologi.

“Negara kini berada di landasan yang betul. Nampaknya sasaran 60 peratus boleh dicapai, namun bagi saya (jumlah itu) tidak cukup.

“Dulu kita sasar 60 peratus tetapi ada banyak pelaburan yang masuk (ke dalam negara) berasaskan teknologi, maka kita perlu lebih ramai anak-anak belajar dalam aliran STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program STI 100 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, di sini hari ini.

Lih Kang berkata, pelancaran berkenaan adalah program kitaran pertama bagi tahun ini menerusi kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kerjasama erat tiga kementerian bagi menjayakan program ini adalah pendekatan kerajaan. Tiada lagi kerja secara terasing (silo). Tiada lagi sikap berkepentingan sendiri.

“Saya harap model ini boleh dijadikan teladan kepada kementerian lain supaya kita boleh bersama-sama menjayakan agenda nasional seperti ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI