fbpx

Mereka masuk jalan utama, ‘driver’ bas yang kena marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang tular ketika ini menunjukkan geng basikal masuk ke dalam jalan utama.

PETALING JAYA – Kes pemandu bas yang dimarahi geng berbasikal yang videonya tular hari ini nampaknya mempunyai kisah tersendiri.

Ketika video pertama mula viral hari ini, rata- rata orang ramai bersetuju dengan geng berbasikal yang mendakwa pemandu bas itu memarahi mereka tanpa sebab.

Ada juga antara penerangan dari geng berbasikal itu menyatakan mereka sudah berada di bahagian tepi jalan raya yang mereka lalui.

Namun, terbaharu satu tangkap layar dari video salah seorang penunggang basikal nampaknya berlaku di sebaliknya.

Ternyata, beberapa penunggang basikal telah berada di ‘jalan besar’ dan oleh sebab itulah pemandu bas tersebut memarahi mereka.

“Ni screenshot video dari salah seorang geng berbasikal, nampak anak panah bas kat lorong kiri dan geng ini kayuh makan hampir separuh daripada lorong kiri.

“Lepas tu nak marah brader bas, kata diorang duduk elok belah kiri. Mentang-mentang ramai, memang la berani,” jelas hantaran tersebut di Facebook. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI