fbpx

Lelaki mengamuk bawa gunting di MRT Sungai Buloh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN. - Foto janaan AI.

SUNGAI BULOH – Polis menahan seorang lelaki selepas mengamuk sambil mengacukan sebilah gunting dan mengejar orang awam di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang anggota polis bantuan Prasarana yang bertugas di lokasi berkenaan, pada pukul 12.32 tengah malam tadi.

Menurut beliau, laporan dibuat seorang perempuan memaklumkan bahawa ayahnya dikejar oleh seorang lelaki tidak dikenali di kawasan bawah stesen berkenaan kira-kira pukul 11.15 malam.

“Dengan dipandu arah oleh perempuan tersebut, anggota polis bantuan bersama rakan setugas menuju ke lokasi dan mendapati suspek berada di tangga dalam keadaan meracau.

“Suspek telah mengacukan sebilah gunting dan bertindak mengejar orang awam yang berada di stesen berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd. Hafiz berkata, pihaknya polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jelasnya, suspek kini direman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Mohd. Hafiz turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Azraai Mohamad Amin di talian 018-9696941. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI