fbpx

Lebih muatan punca 10 jadi korban bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengangkat salah satu mayat yang ditemui dalam tragedy bot karam di Pantai Belawai semalam.

BELAWAI – Terlebih muatan dikenal pasti menjadi punca tragedi bot karam pada Sabtu lalu, yang meragut 10 nyawa di Pantai Belawai di sini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata siasatan awal pihaknya mendapati saiz bot fiber yang kecil itu tidak sepatutnya membawa penumpang seramai 17 orang, yang ditambah lagi dengan muatan barangan.

“Keadaan bot kecil dengan 17 orang termasuk barangan menyebabkan ia sukar dikawal.

“Apabila melalui kawasan ombak kuat, bot tersebut terus karam,” katanya pada sidang media selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian, pagi tadi.

Justeru, beliau mengingatkan khususnya pengendali bot serta penduduk setempat agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di sungai atau laut.

“Jangan ambil mudah soal keselamatan, kita tidak menyangka keadaan sungai juga boleh berombak besar secara tiba-tiba,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI